Friday, April 4, 2008

Taki gagah? Hadi gagah?

Speaker DUN Kelantan kini rupanya menjadi isu. Dulu-dulu, akhbar tak mainkan cerita pelantikan Speaker DUN Kelantan  sebelum DUN bersidang dan luluskan cadangan pelantikan Speaker.

Khamis, Sinar Harian melaporkan di  muka depan. Hari ini, Juma'at 5 April, Utusan melaporkan.

Semalam, Sinar Harian memetik sumber-sumber rapat di Pejabat PAS Kelantan. Siapa sumber itu? Kenapa tidak dinamakan sumber itu?

Adakah keputusan PAS melantik ADUN Meranti sebagai Speaker masih rahsia lalu sumber tak berani memberikan namanya untuk disiarkan? Atau sumber itu bukan ahli mesyuarat tetapi mencuri maklumat dan gatal mulut memberitahu akhbar?

Kalau ia masih rahsia tetapi telah didedahkan kepada akhbar, maknanya PAS Kelantan perlu hati-hati. Apa jaminan perbincangan lain tak dibocorkan?

Siapa sumber yang khianat itu?

Mesyuarat itu difahamkan diadakan hari Selasa. Kalau hari Selasa, itu mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan. Ahlinya tak ramai. Tak mungkin Tok Guru, kerana mustahil  akhbar hanya memetik beliau sebagai sumber. Tok Guru biasanya tak bercakap dengan akhbar dalam gelap.

Siapa dan apa tujuan sumber itu cepat-cepat memberitahu akhbar tetapi menyembunyikan dirinya? Tentu ada muslihat tertentu. PAS Pusat tinggal ternganga tak boleh buat apa.

Tapi kalau cara beradab, elok maklum dulu pada Presiden sebelum heboh dalam akhbar.

Kita tinggalkan laporan Sinar Harian, kita berpindah kepada laporan Utusan hari ini.

Utusan telah menghubungi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Taki dan beliau mengesahkan berita tersebut. Ini baru betul. Kenyataan seperti itu mesti bertuan, samada Tok Guru sebagai Pesuruhjaya atau Timbalannya atau S/U Perhubungan.

Malangnya, di bawah cerita itu, Utusan menambah bahawa Presiden PAS ada menghantar surat mencadangkan nama lain iaitu Datuk Rusli. 

Sebagai orang luar, kita tak tau ada atau tidak surat seperti itu dihantar. Kalau ya ada, ini berita buruk. Maknanya pandangan Presiden PAS tak laku dan PAS Kelantan lebih bijak menguruskan hal mereka sendiri. Pusat usah campur.

Tapi macam mana suratkhabar boleh tau ada surat seperti itu dihantar? Adakah surat itu disalin oleh Ust Hadi kepada semua press? Kalau macam tu, habislah. Itu tak mungkin.

Kalau Ust Hadi tak hantar, siapa bocorkan kepada press? Orang Kelantan atau orang KL? Tentu orang Kelantan kerana berita itu berpusat di KB.

Apa tujuan dibocorkan? Nak malukan Ust Hadi atau nak tunjuk siapa kuat?

Dua-dua tak elok. Pas Kelantan kena tengok perbuatan macam ini sebelum terlambat.

Lagi menarik bila blogger Mat Yuti Tajalli atau MSO dalam Tinta Merahnya malam Rabu itu lagi telah menyiarkan keputusan seperti yang diberitahu oleh Datuk Taki. 

MSO memang hebat kerana dapat tau begitu awal. Siapa MSO? Nampaknya beliau amat rapat dengan anggota Dewan Harian Kelantan sehingga dapat tau begitu awal dan beliau begitu berminat mengikuti perkembangan lebih dari orang lain tapi kalau dilihat tulisan MSO, segala tindakannya adalah ikhlas dan tidak seperti orang itu orang ini.

Selain itu, nampaknya pandangan MSO lebih berwibawa dari pandangan Ust Hadi bila tulisan MSO mempertahankan ADUN Meranti selari dengan Dewan Harian Kelantan sedangkan pandangan Ust Hadi tinggal ketepi. 

Hujah MSO, Meranti orang lama, sebagai ADUN dan juga bergiat dalam parti. Datuk Rusli orang baru. 

Hj Fatah Adun Bukit Tuku juga boleh dikira lama. Dua penggal sebagai MP dan kini turun jadi ADUN. Beliau YDP Kawasan Rantau Panjang di mana UST Nasaruddin jadi Timbalannya. Beliau juga adalah Pengarah JPN Kelantan. Sedikit sebanyak kemenangan PAS Kelantan adalah jasa beliau. Tapi beliau jadi ADUN biasa dan Timbalannya jadi Speaker.

Hj Hanifa juga boleh dikira senior dari segi umur tapi jadi Adun biasa Pengkalan Pasir. Bekas EXCO satu masa lalu. 

Zaki Ketua Pemuda PAS dah masuk penggal ketiga. Beliau jadi Timbalan Speaker kepada Timbalannya. Timbalannya dalam parti jadi bos dia dalam DUN. Canggung sekali fikir.

Apa pula rasional PAS Pusat nak Datuk Rusli jadi Speaker?

Kita orang luar, nak tau apa hujah mereka. Kata MSO, pemimpin PAS Pusat telah dilobi. Tok Guru juga telah dipujuk oleh seorang tokoh PAS Kelantan.

Walaupun tanpa menyebut nama dalam tulisan beliau kebelakangan ini, bagi yang udah lama mengikuti tulisan MSO, tau benar tokoh yang dimaksudkan itu adalah Datuk Husam. (Mungkin lepas disaman Datuk Husam, MSO guna taktik baru tak nak sebut nama)

Anti benar MSO dengan Datuk Husam. Ada-ada saja yang disinggung untuk menyakitkan hati Datuk Husam. Entah benar entah tidak apa yang disentuhnya itu.

Kononnya Datuk Husam ada agenda dalam pelantikan Datuk Rusli sebagai Speaker. Kononnya mereka berdua satu masa dulu  pergi ke Cina tanpa kebenaran Tok Guru. Kononnya Husam maukan Rusli.

Saya nak ketepikan dulu isu dendam MSO kepada Husam. (Berkupiah pun masih penuh dengan dendam kesumat?)

Saya nak berikan analisa berbeza sedikit. PAS Kelantan hampir kecundang 2004. Bila hari seakan senja, PAS Kelantan berusaha pelbagai cara melewatkan gerhana. Datuk Rusli diterima ke pangkuan. Saya tak tau Datuk Rusli hebat atau tidak. Tapi dari segi strategi, biar ramai kawan, jangan banyak lawan.

Lawan masuk PAS, diikuti oleh beberapa tokoh yang besar dan kecil. Termasuk Ust A Hamid Derani, penceramah UMNO aliran agama yang tajam dan berbisa lidahnya. Ceramah beliau mendapat tarikan. Kekosongan tempat Bunyamin Ya'akub yang telah meninggal,    sedikit terisi. Tidak hairanlah Ust. Hamid sibuk menerima undangan ke hulu ke hilir dan hampir setiap malam dua ceramah satu malam. Datuk Rusli dan Ustaz Hamid, tambah Datuk Him, yang diusung sampai ke Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu. Mungkin ceramah mereka lebih lebat dari orang itu orang ini.

Kalau Datuk Rusli tak diingini, kenapa usung beliau ke hulu ke hilir?

Momentum PAS mula terbina semula. (Bukan itu saja sebabnya tetapi satu dari scenario yang tak boleh tak disyukuri ialah itu)

Baru dan lama, bukan ukuran. Sefaham saya, yang pertama, kelayakan. Sudah layak, mana lebih perlu untuk kepentingan PAS jangka panjang?

Adakah PAS bersikap makan sorang? Orang yang dah menang, diberi naik pangkat pulak. Yang dah kalah, merempat lah engkau kerana kami dah kuat?

Rasanya PAS tak begitu. Kalau begitu sikap PAS, alamat menempah era 2004 sekali lagi lah PAS Kelantan.

Mana semangat berpasukan? Yang menang tak dapat semua, kawan yang kalah tak boleh dilupakan. Perjalanan masih jauh, sikap hormat orang yang membantu kita kena ada.

Datuk Rusli baru masuk PAS dah dilantik jadi Penyelia DUN. Itu yang diungkit. Adakah Datuk Rusli nakkan jawatan itu? Saya diberi faham Datuk Rusli terima jawatan itu selepas dipaksa oleh Tok Guru dalam pejabat beliau dan Datuk Rusli hormat pada Tok Guru.

Jawatan Penyelia DUN Kok Lanas di mana Annuar Musa jadi ADUNnya satu keistimewaan atau satu tugas maha berat? Kalau beri pada MSO, beliau mungkin tolak.

Berbaloikah dengan elaun tak sampai 2,000, Datuk Rusli akan diminta berdepan dengan Annuar Musa? Undi tentera yang wajib memenangkan BN bila-bila masa di DUN itu adalah jerat maut untuk Datuk Rusli. 

Itu pun beliau masih menerimanya kerana hormatkan Tok Guru. Beliau akan bertanding maut dan bila mati, habis riwayat beliau? Begitukah yang diajar oleh Islam dan naik pangkat adalah wajib diberikan kepada semua ADUN Pas dan lagi lama mereka menjadi ADUN, lagi wajib dinaik pangkatkan? Inikah pengorbanan yang diajar oleh Islam?

Datuk Rusli menggempur Kok Lanas seperti yang diamanahkan, semua rakyat Kelantan peka politik tau. MSO tau.

Datuk Rusli bukan sahaja diminta jadi Penyelia di situ tetapi bila bertanding, akan bertanding di tempat ada harapan menang.   Di situ juga beliau akan bertarung. Annuar Musa melarikan diri ke kerusi Parlimen. Akhirnya, Datuk Rusli kena bertarung melawan Alwi tidak Annuar. Tapi bukan siapa yang ditentang Rusli yang mustahak. Yang mustahak ialah Rusli diminta bertanding di kerusi yang pasti kalah kerana undi tentera yang telah diatur untuk mempastikan BN menang, sama seperti kerusi Bukit Bunga. 

MSO kata Datuk Rusli ditawarkan jawatan Pegawai Khas MB? Jawatan itu lebih rendah dari SUP MB dan bukan satu penghormatan kepada gelombang yang menyertai PAS, samada mereka masuk kerana sesuatu atau kerana ikhlas.

Penghormatan  bukan untuk Rusli tetapi untuk 'saudara baru' yang menyertai PAS dan bilangan mereka bukan sorang dua. Ia satu gelombang bersiri di hampir semua DUN sebelum pilihanraya dan rasa dihargai kumpulan ini penting untuk PAS terus kuat.

Dalam Perang Tabuk, Nabi s.a.w ditempelak oleh sahabat baginda kerana membahagikan harta ghanimah kepada orang yang baru masuk Islam. Sahabat yang lama berjuang dengan Nabi s.a.w pulang ke Madinah 'dengan Allah dan RasulNya' dan bukan dengan unta dan barangan berharga yang lain. 

Itu yang diajar oleh Nabi. Kenapa? Untuyk memantapkan sokongan mereka dan manjadi tarikan kepada yang belum menyertai. 

MSO bertanya bagaimana dengan tujuh calon yang lain yang juga kalah? Kenapa tak ikut ditimbangkan dan hanya tengok pada Datuk Rusli?

MSO fikirannya banyak berserabut dari tidak. Calon Nenggiri, Kuala Balah, Paloh dan Pengkalan Kubur adalah dari PKR. Calon PAS yang kalah ada dua saja - Bukit Bunga dan Kok Lanas. Bukan tujuh tapi PKR campur PAS, ada enam kerusi yang kalah. Kalau hisab pun kelam kabut, fakta beliau tentang orang itu orang ini yang jadi asam garamnya  sapa tau banyak bohong dari benar. Maaf, sdra. MSO. (sehari selembar benang, lama-lama jadi kain)

Antara calon Bukit Bunga dan Datuk Rusli, semua orang boleh timbang mana lebih menasabah. Kena tau undang-undang serba sedikit, tak gagap, fasih, tenang, dihormati kawan dan lawan. Dalam persidangan Speaker peringkat antarabangsa, boleh berkomunikasi dan membawa imej dengan baik)

Tokoh tertentu Kelantan (saya percaya Husamlah maksudnya itu), mungkin ada agenda tersembunyi nak lantik Datuk Rusli jadi Speaker. 

Saya bernasib baik dapat bercakap dengan kawan rapat Datuk Husam. 

Dari cerita beliau, saya yakin Husam lebih suka menyepi dan menyerahkan urusan atur mengatur  kepada rakan-rakannya yang bijaksana. MSO boleh tanya Tok Guru, boleh tanya Ust Hadi, boleh tanya orang lain kalau MSO jujur. Jangan pakai  hentam kerana kita penulis baru balik haji dijamin masuk syurga walaupun hiris daging sahabat sendiri. Kupiah tu kena ada kehormatan sikit jangan sekadar nak tunjuk alim.

Kalau Husam ada agenda dalam DUN nak lantik Datuk Rusli jadi Speaker, adakah semudah itu? 38 ADUN PAS dan PKR yang lain tengok saja tak boleh buat apa dan seorang Speaker boleh pulas 38 ADUN lagi? Tak kan penyakit gout MSO dah naik dari kepala lutut ke atas kepala dia pulak? Kepala angin pun, biarlah ada batasnya. Kalau uzur fizik kerana gout, otak pun memang berserabut.

Kalau Datuk Husam ada agenda nak lantik Datuk Rusli, adakah MSO tak ada agenda nak lantik bukan Datuk Rusli? Tiba-tiba YB Ust. Wan ADUN Melor pun dipalitkannya. Adakah ini rangkaian group yang cuba dibina MSO untuk pecah belahkan PAS Kelantan dan MSO ada agenda yang  mungkin akan terdedah pada hari mendatang?

Apa sebab Datuk Rusli kena baik dengan Datuk Husam saja.? Kalau Datuk Rusli mua'alaf, kenapa bagi Datuk Husam seorang jaga  beliau? Mana pemimpin PAS yang lain atau orang seperti Datuk Rusli dah tak guna kerana PAS Kelantan dah menang besar?

Datuk Husam jaga orang macam Datuk Rusli pun salah, tak jaga pun salah. Nama Hj Nordin bekas ADUN Kelaburan pun ada disebut. MSO mungkin tau sapa ambil berat Hj Nordin sebelum dia meninggal dan  apa pula agenda Datuk Husam jaga dia sampai mati?

Apa pun, Presiden PAS pada hemat saya, masih waras dan ada hemah kepimpinannya tersendiri.(Saya tau, bila PAS kalah PRU kesebelas, Ust Hadi berpuasa sunat sebanyak bilangan kerusi DUN dan Parlimen yang PAS menang masa tu). Kini, beliau boleh berbangga jadi Presiden PAS.

Kalau kepimpinan Ust Hadi tidak trampil, masakan PAS mendapat lonjakan besar kejayaan dalam PRU baru lalu. Jika tidak, MSO dah lama jadi Presiden PAS ganti Ust Hadi.

Pandangan Presiden PAS, MSO jangan perlekeh dan pandang murah. Semua orang ada maruah. YB Meranti pun ada maruah dan kerana itu usah dihebohkan nama beliau  sebelum muktamad. Guna akhbar buat laporan awal adalah satu strategi tapi kalau selalu diamalkan, parti jadi celaru. 

MSO kena banyak istighfar. Zikir dan wirid, termasuk istighfar nak kembalikan kewarasan kita. Bukan semata-mata  untuk nak jadi MB. 

Kalau seseoarng sekadar berwirid nak jadi MB, maka MSO mungkin tak istighfar dan berzikir sejak hari kelahiran beliau kerana beliau tak nak jadi MB? Pak-pak Lebai berwirid pun kerana nak jadi MB? Aduh, lucunya MSO.


No comments: