Friday, April 4, 2008

Pesan Untuk Ustaz Abduh

Ustaz, salam!

Ustaz adalah Ketua Whip dalam mesyuarat penuh MPKB. Terlantiknya Ustaz di situ tak ada kena mengena dengan Ayahanda Ustaz selaku MB. Tetapi, kebijaksanaan Ustaz mengatur perjalanan di bawah seliaan dan jagaan MPKB akan sedikit sebanyak menjadi ukuran ketrampilan Ustaz dan menaikkan lagi nama baik  Ayahanda yang sudah sedia harum.


Ada beberapa pesanan dari orang kampung untuk Ustaz, minta saya sampaikan.

Kata mereka, dulu setiap Juma'at, pintu pagar kompleks MPKB dibuka untuk orang ramai meletak kenderaan mereka untuk mendengar kuliah Tok Guru di Jalan Dato' Pati. Lebih kurang seribu buah kereta muat diparking di situ.

Dah dua Juma'at pintu pagar itu berkunci. Susah orang ramai nak letak kereta nak dengar kuliah.

Ikhtiarlah supaya boleh dibuka semula untuk kemudahan orang ramai penyokong kita nak dengar ilmu agama.

Kedua, borang permohonan sewa gerai, kini MPKB caj RM 5 dan untuk perjanjian sewa gerai pulak MPKB kenakan RM 50. Dulu, percuma. 

Mereka kata, ini kurang sesuai dengan motto negara berkebajikan dan pulak, sebaik lepas pilihanraya, caj yang dulu tak dikenakan, tiba-tiba dikenakan.

Kalau perlu, elok dikaji semula untuk kebajikan warga MPKB jua. Pohon maaf.

No comments: